Soalan-soalan Yang Sering Ditanya
S: Apakah itu FRANCH OIL NH*?
J: FRANCH OIL NH* ialah ubat tradisional yang dirumus khas dengan menggunakan herba terpilih yang diproses melalui teknologi “COLD PRESSED EXTRACTION”.
S: Apakah itu teknologi “COLD PRESSED EXTRACTION”?
J: Teknologi “COLD PRESSED EXTRACTION” adalah kaedah dimana herba diekstrak tanpa pemanasan atau kenaikan suhu, untuk menjamin bahan ubat penyembuhan semulajadi herba kekal.
S: Untuk apakah saya boleh menggunakan FRANCH OIL NH*?
J: FRANCH OIL NH* boleh digunakan untuk menyembuh pelbagai masalah, ianya mudah, selamat dan efektif. Sila lihat seksyen utama untuk mendapatkan senarai penggunaan Franch OIL NH*.
S: Kenapa ada perkataan NH* selepas FRANCH OIL? Apakah maksud NH*?
J: NH bermaksud “Natural Healing” (Pemulihan semulajadi). Ianya telah dijadikan tanda niaga bersama FRANCH OIL.
S: Bagaimanakah sejenis ubat boleh mengubati pelbagai masalah?
J: Sebenarnya, FRANCH OIL NH* telah dirumus dengan pelbagai herba di mana ianya memiliki kuasa anti kulat, anti kuman, anti radang dan kuasa untuk merawat kecederaan dan mananggalkan kesan tarikan dan jalur dari permukaan kulit. Jika anda perhatikan kegunaan-kegunaan FRANCH OIL NH*, banyak masalah disebabkan oleh aktiviti yang tersebut diatas. Sebagai contoh, seliuh, sakit sendi dan kesakitan otot-otot badan berlaku kerana mengalami kesan radang. Masalah lain saperti kudis kaki, kegatalan kulit dan masalah kulit berlaku kerana kulat dan kuman.
S: Berapa lamakah saya perlu menggunakan FRANCH OIL NH* sebelum saya melihat kesannya?
J: Kesan pemulihan semulajadi selalunya mengambil masa yang lebih lama daripada perubatan moden dan ianya juga memberi kesan yang berbeza dari satu individu ke individu yang lain. Pada amnya, anda boleh melihat perubahan dalam masa 5 hingga 7 hari.
S: Bolehkah saya menggunakan FRANCH OIL NH* untuk kanak-kanak dan juga bayi?
J: FRANCH OIL NH* boleh digunakan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas dan sudah tentu selamat digunakan untuk kanak-kanak.
S: Bilakah saya patut menggunakan FRANCH OIL NH* untuk menghilangkan kesan selepas bersalin?
J: Kami mencadangkan agar anda menggunakan FRANCH OIL NH* sejurus selepas melahirkan anak anda. Untuk mendapat kesan terbaik gunakan FRANCH OIL NH* sehari selepas bersalin.
S: Bagaimanakah saya patut menggunakan FRANCH OIL NH* untuk mengurangkan keguguran rambut?
J: Campurkan FRANCH OIL NH* dengan minyak kelapa asli dalam nisbah 1:1.Campuran ini dicadangkan kerana FRANCH OIL NH* adalah sangat pekat dan ia sukar digunakan begitu sahaja. Selain itu minyak zaitun asli juga boleh digunakan sebagai minyak campuran.
S: Dimanakah saya boleh membeli FRANCH OIL NH*?
J: FRANCH OIL NH* boleh didapati dengan ,mudahnya diseluruh Malaysia. Anda boleh kunjungi kedai Farmasi Aiman DI No 23 Jalan BSE 4/45 Bandar Seri EHsan 42700 Banting Selangor.