a. Jawatan : Pegawai Farmasi
b. Gred : U41
c. Kod Skim : 1128
d. Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
e. Kem./Jab. : Kementerian Kesihatan
f. Jadual Gaji :
P1T1 RM1999.19 - P1T24 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 - P2T24 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 - P3T24 RM5317.92
Kelayakan
i) Ijazah dalam bidang Farmasi atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia; DAN
ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Farmasi adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Farmasi Gred U3 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan seperti di atas kecuali B.M.
Deskripsi Tugas:
a) Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; ATAU
b) Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; ATAU
c) Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan - menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.
Senarai Gaji Permulaan/Elaun:
Gaji Permulaan P1T4 : RM2274.71
Elaun Perumahan : RM250.00
Elaun Tetap Perkhidmatan Awam : RM300.00
Elaun Kritikal : RM750.00
Elaun COLA : RM100.00-RM300.00 (mengikut lokaliti)