18.11.09

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 5 (TK5)

PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

BAGI PERKHIDMATAN PEGAWAI FARMASI

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1. MATLAMAT

Menilai kebolehan pegawai dalam mensintesis perkara-perkara khusus serta membimbing beberapa pasukan kerja/fungsi organisasi.

2. TUJUAN

2.1 Untuk menilai kompetensi khusus pegawai bagi memenuhi salah satu syarat anjakan gaji di Tahap Kecekapan 5; dan

2.2 Untuk memantapkan pegawai dalam bidang pengetahuan dan kemahiran khusus yang dapat memimpin di samping membimbing beberapa pasukan kerja/fungsi organisasi.

3. PEGAWAI YANG LAYAK MENGIKUTI KURSUS

Pegawai Farmasi Gred U52 yang memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Berada pada Gred U52 secara hakiki;

ii. Mendapat markah Laporan Nilaian Prestasi terkini di tahap yang baik; dan

iii. Diperakukan oleh Ketua Jabatan

4. KURIKULUM KURSUS

Kurikulum kursus merangkumi Kompetensi Umum dan Khusus seperti berikut :

4.1 KOMPETENSI UMUM

4.1.1 Pengurusan Integriti

(i) Pengenalan kepada Integriti; dan

(ii) Program Pengurusan Integriti dalam Perkhidmatan Awam

4.1.2 Pengurusan kreatif/inovasi

(i) Ciri-ciri pengurusan kreatif;

(ii) Budaya organisasi;

(iii) Pengurusan pasukan;

(iv) Kepimpinan kreatif; dan

(v) Kaedah berfikir kreatif.

4.1.3 Pengurusan Organisasi

(i) Pengenalan kepada pengurusan organisasi;

(ii) Rekabentuk organisasi; dan

(iii) Struktur pasukan.

4.1.4 Effective Job Delegation

(i) Pembentukan kepercayaan;

(ii) Jenis kerja yang boleh diturunkan kuasa; dan

(iii) Jenis kerja yang boleh diwakilkan kuasa.

4.1.5 Pengurusan Sumber Manusia

(i) Pengurusan prestasi;

(ii) Pembangunan kerjaya; dan

(iii) Sistem Maklumat Sumber Manusia.

4.1.6 Membuat keputusan

(i) Proses membuat keputusan;

(ii) Teknik-teknik membuat keputusan;

(iii) Gaya membuat keputusan; dan

(iv) Etika membuat keputusan.

4.1.7 Perundingan berkesan (Effective Negotiation)

(i) Perundingan berkesan;

(ii) Isu-isu dalam perundingan;

(iii) Peranan pihak ketiga;

(iv) Teknik-teknik perundingan; dan

(v) Komunikasi dalam perundingan.

4.1.8 Kemahiran jalinan hubungan (Networking Skills)

(i) Teknik komunikasi berkesan;

(ii) Perhubungan awam; dan

(iii) Perhubungan media.

4.2 KOMPETENSI KHUSUS

4.2.1 Berkemahiran dalam bidang amalan dan pengurusan farmasi

4.2.2 Berkemahiran dalam bidang regulatori farmasi

4.2.3 Berkemahiran dalam bidang penguatkuasaan farmasi

5. TEMPOH : Tujuh (7) hari

6. PENDEKATAN KURSUS

· Ceramah

· Persembahan kumpulan

· Kertas tugasan individu

· Pengucapan awam

· Ujian kursus

7. PENILAIAN

7.1 Komponen Penilaian

a. Ujian bertulis : 30 %

b. Penilaian : 70 %

· Tugasan Individu : 40

· Tugasan Kumpulan : 20

· Pengucapan Awam : 30

· Personaliti/sikap Peserta

Peer Rating : 5

Fasilitator : 5

7.2 Skop Ujian

Soalan-soalan ujian bertujuan untuk menilai kompetensi pegawai dalam bidang tugas semasa.

7.3 Skop Penilaian

7.3.1 Kertas Tugasan

Kertas tugasan individu adalah mengenai bidang pengkhususan Pegawai Farmasi. Kertas yang komprehensif tersebut hendaklah disediakan oleh pegawai berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang disediakan oleh penganjur. Kertas tugasan hendaklah diserahkan pada akhir kursus atau dalam satu tempoh yang ditetapkan selepas kursus.

7.3.2 Pengucapan Awam

Pegawai dikehendaki membuat pengucapan awam di hadapan panel penilai dalam Bahasa Inggeris (dalam tempoh 10 minit) berdasarkan tajuk-tajuk yang disediakan oleh pihak penganjur.

7.3.3 Penilaian Personaliti

Penilaian personaliti dilaksanakan bertujuan untuk menilai ciri-ciri penampilan diri, tatakelakuan, potensi kepimpinan, kematangan berkomunikasi, kematangan idea, penggerak kumpulan dan keyakinan diri.

8. RUJUKAN

8.1 Kompetensi Umum

(i) Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia

(ii) Pentadbiran Organisasi Dalam Pengurusan

(iii) Penduan Perkhidmatan Cemerlang – Etika Perkhidmatan Awam

(iv) Buku Nilai dan Etika – INTAN Citra Karya

(v) Komputer/makalah/buku/jurnal berkaitan dengan teknologi maklumat

(vi) Pelan Integrasi Nasional (IIM)

(vii) Arahan Perbendaharaan

(viii) Perintah Am Bab F

(ix) Buku-buku berkaitan pengurusan

8.2 Kompetensi Khusus

I. Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

II. Akta Racun 1952

III. Akta Dadah Merbahaya 1952

IV. Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956

V. Akta Jualan Dadah 1952

VI. Akta Paten 1983

VII. Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984

VIII. Requiremants for the development of a pharmacy department in hospitals and community polyclinics within the Ministry of Health, Malaysia, December 2003

IX. Guidelines towards centre of excellence in clinical pharmacy practice. Clinical Pharmacy Working Committee, Ministry of Health. July 2001

X. Dasar, operasi dan amalan farmasi hospital, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, November 1996

XI. Clinical Pharmacy Practice in the Malaysia Health Service : concept and manual. Clinical Pharmacy Working Committee, Ministry of Health. June 1996

XII. Garispanduan penggunaan senarai Ubat-ubatan KKM, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM, januari 1999

XIII. Senarai ubat-ubatan KKM 2005

XIV. Garispanduan permohonan pendaftaran keluaran ubat tradisional. Cetakan kedua Disember 1998, BPFK/GP/08

XV. Malaysian Guidelines for the reporting and monitoring of adverse drug reaction, biro pengawalan Farmeseutikal Kebangsaan KKM 2002

XVI. Drug registration guidance document. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM April 2004

XVII. Garispanduan untuk pegawai farmasi penguatkuasaan : tindakan penyiasatan pendakwaan. Bahagian perkhidmatan Farmasi, KKM BPK(K)4/2002

XVIII. Mengesan pengedaran haram prekursor dan makmal haram dadah. United Nation

XIX. Prekursor dan bahan-bahan kimia terkawal. November 2000, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

XX. Garispanduan kawalam ke atas bahan-bahan psikotropik, 2000, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

XXI. Garispanduan pemarkahan pemeriksaan premis Edisi 1 BPF(K)6/2004, Bahagian Perkhidmatan Farmasi

XXII. Garispanduan untuk pegawai farmasi penguatkuasaan : audit bahan-bahan terkawal, BPF(K)3/2001, Bahagian perkhidmatan Farmasi, KKM

XXIII. Garispanduan untuk pegawai farmasi penguatkuasaan : tindakan risikan & operasi pendakwaan ke atas kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952, BPF(K)1/2001, Bahagian perkhidmatan Farmasi, KKM

XXIV. Garispanduan untuk pegawai farmasi penguatkuasaan risikan BPF(K)2/2001, Bahagian perkhidmatan Farmasi, KKM

XXV. Garispanduan penguatkuasaan Farmasi, 1998, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

XXVI. Garispanduan Pemeriksaan Hospital Swasta Edisi 1, Bahagfian perkhidmatan Farmasi, KKM

Bahagian Pembangunan Kompetensi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Stat counter

Share