Kandungan
1. Pendahuluan
2. Objektif
3. Skop
4. Penanda Aras
4.1 Pemilikan
4.2 Premis dan keperluan fizikal
4.2.1 Lokasi
4.2.2 Ruang perniagaan
4.2.3 Papan tanda dan iklan ( ‘display’ )
4.2.4 Kemudahan
4.3 Amalan
4.3.1 Jenis Perniagaan
4.3.2 Etika Ahli Farmasi
4.3.3 Penyimpanan Ubat-Ubatan
4.3.4 Keselamatan
4.3.5 Rekod
4.3.6 Pakaian
4.4.1 Berkongsi Premis
4.4.2 Ruang Perniagaan Kurang Dari 18.58 Meter Persegi ( 200 Kaki Persegi )
5. Penutup
6. Contoh Plan Lakar
(a) Plan A
(b) Plan B
Farmasi Komuniti merupakan satu-satunya bidang Farmasi yang paling hampir dengan komuniti atau masyarakat awam. Justeru itu rupa dan amalan yang terdapat pada sesebuah Farmasi akan mencerminkan profesyen Farmasi secara keseluruhannya pada mata masyarakat. Segala standard yang ditetapkan, dilaksanakan dan diamalkan oleh Farmasi Komuniti akan memberi kesan yang besar terhadap profesyen Farmasi.
Oleh itu, Cawangan Penguatkuasa Farmasi boleh memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk memastikan Farmasi Komuniti mematuhi standard tertentu bagi memelihara dan meningkatkan imej profesyen Farmasi.
Akta dan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan Farmasi tidak dapat menggariskan keperluan ini secara terperinci bagi merangkumi keperluan infrastruktur, peralatan, personel dan amalan. Maka panduan ini disediakan bagi menyokong dan melengkapkan keperluan-keperluan yang perlu dipatuhi oleh sesebuah Farmasi Komuniti. Di samping itu, ia dapat digunakan sebagai panduan asas bagi memulakan profesyen sebagai ahli Farmasi di Farmasi komuniti.
> Back Top
- Menggariskan keperluan asas dan standard minima bagi Farmasi Komuniti.
- Membentuk dan mengujudkan suatu imej Farmasi Komuniti yang mempunyai ciri-ciri dan identiti tersendiri.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengamalan di Farmasi Komuniti.
> Back Top
Panduan ini menerangkan keperluan asas dan standard minima yang perlu ada di sesebuah Farmasi Komuniti merangkumi aspek- aspek pengurusan, fisikal dan pengamalan sesuai dengan keperluan undang-undang dan etika profesyen Farmasi.
> Back Top
Perniagaan hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh Ahli Farmasi Berdaftar. Sekiranya berkongsi, tanpa mengira bilangan rakan kongsi, Ahli Farmasi Berdaftar hendaklah mempunyai kepentingan sekurang-kurangnya 51 %.
Jika perniagaan dimiliki oleh Syarikat, maka ianya mestilah berdaftar dengan Pertubuhan Perbadanan di bawah Seksyen 13, Akta Pendaftaran Farmasi 1951.> Back Top
4.2 Premis Dan Keperluan Fizikal
(a) Premis terletak di dalam kawasan pengurusan Majlis Tempatan.
(b) Tidak berkongsi premis dengan perniagaan lain.> Back Top
(a) Minima 18.58 meter persegi ( 200 kaki persegi ).
(b) Ada ruang khas untuk kaunseling.
(c) Kaunter mendispen/kaunter preskripsi.
(d) Ruang barangan/ubat-ubatan perlu bersih dan kemas dengan menampilkan imej profesional.
(e) Indikasi ruang dinyatakan seperti papan tanda ”Prescription Counter” atau ”Farmasi”.> Back Top
4.2.3 Papan Tanda Dan Iklan ( ‘Display’ )
(a) Papan tanda UTAMA mestilah hanya mempamerkan profesyen FARMASI, DISPENSARY atau lain-lain nama yang membawa maksud yang sama dan mempunyai saiz sekurang-kurangnya 80 % dari saiz keseluruhan papan tanda termasuk lah logo atau slogan syarikat (jika ada).
(b) Poster dan sebarang iklan produk yang dipamerkan kepada orang awam mestilah mempunyai kelulusan dari Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
(c) Perkhidmatan penyaringan kesihatan boleh dipamerkan di atas papan tanda bersaiz kecil di bahagian dalam farmasi seperti;
- ujian paras gula dalam darah
- ujian paras kolestrol
- ujian kehamilan
- ujian kumpulan darah
- pemonitoran tekanan darah secara elektronik(d) Notis Ahli Farmasi bertugas ( Pharmacist On Duty ) dipamerkan dengan maklumat;
(i) nama Ahli Farmasi
(ii) masa dan tarikh(e) Papan tanda larangan merokok dipamerkan dengan ketara untuk menggalakkan gaya hidup sihat.
(f) Sijil Tahunan Ahli Farmasi semasa mestilah dipamerkan.> Back Top
(a) Pejabat Ahli Farmasi.
(b) Ruang khas untuk kaunseling yang selesa untuk pelanggan.
(c) Pencahayaan yang baik.
(d) Pendingin udara (Air-conditioner ) dengan penyelenggaraan berjadual.
(e) Kebersihan- keperluan kawalan serangga
- pembersihan harian bagi memastikan rak ubat dan lantai sentiasa bersih dan bebas habuk.
- penyediaan jadual dan prosedur pembersihan harian (jika perlu).
- peralatan mencuci yang bersesuaian disediakan.
(f) Tempat Penyediaan Ubat(i) “Wet Compounding Area”
- direkabentuk dengan sinki dan kemudahan bekalan air.
- kedudukan yang jauh dari makanan dan minuman.
- permukaan kerja dan rak adalah dari bahan yang kalis air dan mudah basuh.(ii) ”Dry Compounding Area”
- direkabentuk bagi tujuan pengiraan tablet / kapsul, pengisian, pembungkusan dan perlabelan ubat-ubatan.
- kedudukan yang jauh dari makanan dan minuman.(g) Tempat Ujian Penyaringan
- penyediaan papan tanda bagi menyatakan jenis ujian yang dikendalikan.
- penyediaan peralatan yang bersesuaian untuk jalani ujian.
- mengekalkan peralatan dalam keadaan baik sepanjang masa.(h) Water closet
(i) Alat Kelengkapan
(i) Komputer- ”Pharmacy Information Software”
- Penyimpanan maklumat inventori dan stok.
- Mencetak label.
- Mencetak risalah informasi pelanggan.
- Penyimpanan rekod perubatan pesakit.(ii) Mesin Pencetak
- Mencetak label,risalah dan bahan cetak lain.(j) Kemudahan-kemudahan Lain
- Kemudahan pintu masuk bagi pengguna ”wheelchairs” dan ”pushchairs”
- Penyediaan ”pantry” untuk pekerja.
- Kemudahan tandas yang bersih dan dalam keadaan yang baik.
- Kemudahan untuk mencuci tangan.
- Susunatur ruang yang bersesuaian bagi kemudahan pembuangan sisa farmaseutikal dan bahan-bahan lain secara selamat.
(k) Buku Rujukan
- Semua Akta Farmasi yang berkaitan Martindal
- BNF/Australian Formulary
- BPC/Pharmaceutical Codex> Back Top
(a) Hanya menjalankan perniagaan berkaitan dengan keluaran farmaseutikal, barangan kesihatan, kosmetik, alat-alat perubatan dan pembedahan serta ‘ toileteries’ .
(b) Tidak dibenarkan menjual barangan dan makanan ringan yang memudaratkan kesihatan ( Contoh: Rokok dan junk food ).
> Back Top
4.3.2 Etika Ahli Farmasi
(a) Berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia(b) Mematuhi “Code Of Conduct For Pharmacist and Bodies Corporate”.
(c) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang di bawah undang-undang farmasi di Malaysia.
(d) “Dress Code”– imej profesional dan mudah dikenali.
> Back Top
(a) Ubat-ubatan racun disusun rapi di dalam almari pameran berkunci dan tidak boleh diakses oleh pelanggan.
(b) Semua ubat mesti memenuhi keperluan pelabelan dan mesti disimpan di dalam bekas asal.
(c) Ubat-ubatan disusun secara sistematik. Pengasingan yang jelas mengikut kategori item (cth:vitamin dan produk bayi).
(d) Pengasingan ubat-ubatan yang digunakan secara internal dan external. Bagi ubat-ubatan dengan nama dan pembungkusan yang sama hendaklah jelas pengasingannya bagi mengelakkan kesilapan men-dispen.
(e) Semua ubat-ubatan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 hendaklah disimpan dan dipamerkan mengikut keperluan undang- undang yang dikuatkuasakan. Item yang dikelaskan sebagai Racun Kumpulan C, Bahagian I, Perintah Senarai Racun hendaklah dipamerkan dalam kabinet berkunci di bawah pengawasan Ahli Farmasi. Bagi Racun Kumpulan B, Bahagian I, Perintah Senarai Racun pula hendaklah disimpan di dalam kabinet berkunci yang sukar diakses oleh pelanggan.
(f) Bahan psikotropik hendaklah disimpan mengikut keperluan Peraturan 24, Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 manakala Dadah berbahaya hendaklah disimpan mengikut Peraturan 9(2), Peraturan Dadah Berbahaya 1952.Penyediaan kabinet khas yang selamat dan berkunci bagi penyimpanan bahan psikotropik dan dadah berbahaya dari barang/ubat-ubatan yang lain.
(g) Penyediaan ’refrigerator’ bagi menyediakan keadaan yang sesuai (suhu, cahaya dan kelembapan) bagi penyimpanan ubat- ubatan.
(h) Penyimpanan stok ubat di stor, hendaklah mengikut Amalan Penstoran Baik (GSP).
> Back Top
(a) Kunci yang selamat pada pintu utama premis dan kekisi (’grill’) atau pagar (jika ada).
(b) Kunci yang selamat di pintu belakang premis dan kekisi
(’grill’) atau pagar (jika ada).(c) Kawalan kunci secara elektronik boleh digunapakai.
(d) Kawalan keselamatan tambahan seperti video kamera dan sistem penggera (’alarm’) bolehlah digunakan.
(e) Semua racun kumpulan B,C, bahan psikotropik dan dadah berbahaya hendaklah disimpan ditempat yang berkunci.
(f) Polisi untuk keselamatan yang bersesuaian diatur.
> Back Top
Buku rekod dan dokumentasi disimpan dengan kemaskini dan teratur mengikut keperluan undang-undang.
> Back Top
(a) “Dress Code” - imej professional
- mudah dikenali
(b) Menggunakan tanda nama bagi tujuan pengenalan diri.> Back Top
4.4.1 Berkongsi Premis
Dalam keadaan tertentu, dan terpaksa berkongsi premis, maka syarat di bawah mesti dipatuhi :
(a) Terdapat pembahagian fizikal yang sepenuhnya. Tidak boleh diakses di antara premis.
(b) Papan tanda dan pintu masuk yang berasingan.
(c) Business entity yang berasingan.
(d) Ahli Farmasi dan pekerja tersendiri.
> Back Top
4.4.2 Ruang Perniagaan <>Bagi ruang perniagaan kurang dari 18.58 meter persegi ( 200 kaki persegi ), contohnya lot di dalam pasaraya, kelonggaran untuk tidak menyediakan perkara-perkara berikut BOLEH DIPERTIMBANGKAN :
(a) Sinki
(b) Water Closet
(c) Pejabat Ahli Farmasi
(d) Ruang khas untuk kaunseling.
( Contoh plan lakar adalah seperti Plan B.)> Back Top
Panduan ini disediakan dengan hanya mengambilkira aspek-aspek dan keperluan-keperluan asas dan standard minima yang perlu ada di sesebuah Farmasi Komuniti. Namun ia tidak menghadkan atau harus menjadi halangan bagi Farmasi Komuniti untuk melakukan atau membuat sesuatu perubahan yang lebih baik dari itu asalkan ia memenuhi keperluan undang-undang dan etika profesyen. Adalah diharapkan dengan adanya penanda aras ini akan dapat meningkat -kan lagi imej Farmasi Komuniti di mata masyarakat khasnya meningkatkan kepercayaan masyarakat dan menggalakkan masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan dari Ahli Farmasi.
> Back Top
Sila rujuk Plan A dan Plan B untuk panduan.
> Back Top


[ Back ]